KEPENTINGAN KEMAHIRAN INSANIAH (SOFT SKILLS) KEPADA SETIAUSAHA ALAF 21
Apa itu setiausaha? Setiausaha ialah merupakan seorang pembantu pentadbiran yang terlibat dalam pengurusan pejabat sama ada dalam bidang perniagaan atau dalam kerusi pemerintahan seperti Setiausaha Parlimen atau Setiausaha Negara. Gelaran setiuasaha di pejabat merujuk pada individu yang melakukan pelbagai pekerjaan pentadbiran. Sebagai contoh, setiausaha eksekutif iaitu bertanggungjawab untuk banyak perkara. Asalnya apabila terdapat hanya mesin taip setiausaha akan menghabiskan banyak masa menaip tulisan tangan menjadi tulisan bertaip dan menyalinnya. Kini, dengan komputer, jumlah masa yang diambil untuk menaip dikurangkan dengan banyak. Oleh itu, pelbagai tugas lain mula dilakukan setiausaha seperti mengawal belanjawan dan simpan kira. Mereka juga boleh menjaga butiran pengurusan untuk mengadakan persidangan peringkat tinggi atau mengatur katering untuk ma...