KEPENTINGAN KEMAHIRAN INSANIAH (SOFT SKILLS) KEPADA SETIAUSAHA ALAF 21
Bagaimana pula dengan kemahiran insaniah ini? Apa yang
dimaksudkan dengan soft skills ini? Kemahiran insaniah atau soft skills ini merangkumi
aspek-aspek kemahiran generik. Walaupun tidak terdapat suatu senarai kemahiran
khusus tentang kemahiran insaniah ini, namun kebanyakannya berkait dengan
penguasaan kemahiran seperti kepemimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan
pembelajaran berterusan (KPT, 2006). Secara umumnya tidak terdapat definisi
yang tepat bagi terma soft skills atau Kemahiran Insaniah ini. Walau bagaimanapun,
soft skills atau Kemahiran Insaniah ini adalah dikaitkan dengan trait
personaliti individu, bijak berkomunikasi, pandai mendapatkan kenalan, berdaya
tahan dan berinovatif. Oleh yang demikian, penjawat jawatan setiausaha seharusnya
mempunyai pengetahuan yang tinggi, mahir, cekap dan bijak dalam menyelesaikan
masalah selaras dengan kedudukannya sebagai orang kanan kepada seorang ketua
dalam sesebuah organisasi.
Salah satu daripada elemen kemahiran insaniah ialah
kemahiran berkomunikasi. Kemahiran komunikasi ini merupakan kemahiran untuk
berhubung dengan orang lain.Aspek ini melibatkan penggunaan beberapa kemahiran
seperti pendengaran yang aktif dan kawalan nada suara. Selain itu, Guffey dan
Almonte mentakrifkan maksud komunikasi adalah pemindahan maklumat dan makna
daripada satu pihak iaitu pengantar kepada pihak yang lain iaitu penerima.
Menurut sarjana ini, dalam sesuatu proses komunikasi akan melibatkan lima
langkah iaitu pengirim membentuk idea, pengirim mengenkodkan idea tersebut
menjadikan ia dalam satu bentuk mesej, dan kemudiannya mesej itu akan dihantar
melalui saluran komunikasi seperti aplikasi WhatsApp, setelah itu penerima
mendekodkan mesej tersebut dan akhir sekali maklum balas akan dihantar kepada
pengirim.
Kemahiran
berkomunikasi ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu komunikasi lisan,
komunikasi bukan lisan dan komunikasi bertulis. Sebagai seorang setiausaha yang
berkebolehan, beliau perlulah mahir dalam setiap jenis komunikasi ini. Hal ini
kerana ia dapat membantu beliau dalam memudahkan proses berkomunikasi bersama
orang lain. Sering kali kita dengari tentang isu kurangnya interaksi hubungan
antara pekerja dalam sesebuah organisasi. Perkara ini berlaku apabila seseorang
itu tidak mempunyai kemahiran komunikasi yang berkesan menyebabkan hubungan
antara pekerja itu menjadi regang. Malah perkara ini juga membolehkan timbulnya
masalah contohnya tidak dapat menarik minat pelabur untuk melabur dalam
syarikat. Cadangan yang boleh dilakukan oleh sesebuah institusi ialah dengan
menganjurkan satu program yang memfokuskan untuk meningkatkan lagi kemahiran
berkomunikasi yang dinamakan Program Menganjak Kemahiran Komunikasi Anda. Dalam
program ini semua pekerja perlulah terlibat termasuklah juga setiausaha yang
merupakan orang terpenting dalam organisasi. Dalam program ini juga, pihak
penganjur perlulah mengaturkan aktiviti yang sesuai agar berlakunya komunikasi
antara pekerja. Dengan ini para setiausaha dapat mempelajari cara yang betul
untuk memulakan berkomunikasi dengan orang secara tidak langsung ia dapat
membantu mencipta hubungan yang lebih baik dengan orang luar.
Di dalam akhbar juga turut dinyatakan bahawa dalam
persaingan sengit dunia kerjaya yang amat mencabar kini, setiap pekerja
seharusnya melengkapi diri dengan penguasaan kemahiran yang relevan dan diperlukan
bidang kerjaya diceburi. Kemahiran ini cukup penting bagi memastikan kelancaran
urusan kerja, sama ada dalam komunikasi sesama rakan sekerja mahupun dengan
pihak luar, lebih-lebih lagi untuk meraih kepercayaan, keyakinan dan sambutan
pelanggan serta pelabur. Konklusinya, kemahiran berkomunikasi ini sangatlah
penting untuk para setiausaha mengusainya bagi memudahkan seseorang itu
mendapat kawan dan diterima dalam sesebuah organisasi. Jadi, penguasaan
terhadap kemahiran ini dapat menggambarkan sebaik mana seseorang itu
berkomunikasi dengan seseorang dan bagaimana pembawaan diri dalam urusan
seharian yang melibatkan orang lain. Penguasaan yang baik akan kemahiran ini
dapat membantu memajukan kerjaya seseorang.
Elemen yang seterusnya ialah pemikiran kritis dan kemahiran
menyelesaikan masalah. Menurut Rahim (1999), pemikiran boleh ditakrifkan
sebagai kebolehan untuk menguasai pengetahuan, mengembangkan pengetahuan,
mengguna dan mengaplikasikan pengetahuan yang dipelajari kepada situasi yang
sama atau berlainan.Manakala bagi Jabatan Pengurusan Institut Pengajian Tinggi
(2006) pula, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah melibatkan
kebolehan berfikir secara kritis, kreatif, inovatif, analitis, serta kebolehan
mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada masalah baru dan berlainan.
Pemikiran kritis adalah pemikiran yang mahir dan
bertanggungjawab untuk memudahkan proses memberi pendapat, membuat anggaran,
kesimpulan atau keputusan dengan bijak. Gaya pemikiran pula adalah bukan
berkaitan dengan apa yang dimaksudkan kepada gaya tetapi juga lebih merujuk
kepada cara seseorang itu berfikir. Pada masa kini, isu yang acap kali
didengari ialah dimana generasi hari ini kurang kemahiran komunikasi dan
pemikiran kritis menyebabkan sesuatu masalah itu tidak dapat diselesaikan. Hal ini
berlaku kerana kurangnya berkomunikasi mengakibatkan minda tidak dapat berfikir
secara meluas. Oleh itu, sebagai seorang setiausaha perlulah sentiasa
berkomunikasi dengan pekerja lain disamping memikirkan sesuatu perkara secara
kritis agar dapat membantu minda berfikir secara meluas. Cadangan untuk
membantu para setiausaha di organisasi dalam menyelesaikan masalah adalah
dengan mengadakan satu bengkel yang bertujuan untuk mendedahkan cara yang betul
dalam menyelesaikan sesuatu masalah disamping menggunakan pemikiran yang
kritis. Dengan ini, para setiausaha mampu berfikir secara kritis untuk
menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi tidak kira sama ada di tempat kerja
mahupun peribadi.
Selain itu, kemahiran kerja berpasukan juga merupakan
salah satu elemen yang terdapat dalam kemahiran insaniah. Apakah yang
dimaksudkan dengan kerja berpasukan? Kerja berpasukan ini merujuk kepada
pekerja yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering bekerjasama dan
menjalankan tugas secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan. Sebuah
pasukan terdiri daripada gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi
yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan
pengetahuan serta mempunyai akautabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan
serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama. Pada masa kini, kebayakan kerja
mudah diselesaikan sekiranya melakukan ia dalam kerja berkumpulan malah dalam
akhbar juga dikeluarkan kenyataan bahawa kerja berpasukan lebih baik daripada
bekerja sendiri. Namun, terdapat sesetengan orang lebih menyukai bekerja
sendiri berbanding dengan kerja berpasukan. Ini kerana mereka merupakan
sesetengan orang tidak suka untuk bergaul dengan orang lain. Sebagai seorang
setiausaha, kita perlulah mempunyai sifat keinginan untuk bergaul bersama orang
lain agar dapat membina satu hubungan silaturahim bersama rakan yang lain
disamping melakukan pekerjaan. Cadangan yang boleh dilakukan oleh sesebuah
organisasi ialah dengan mengadakan satu program dimana ia perlu melibatkan
kerjasama pasukan dalam menjayakan program tersebut. Dengan ini, para
setiausaha dapat memantapkan lagi kemahiran untuk bekerja dalam berpasukan.
Akhir sekali ialah kemahiran kepimpinan. Apa itu
kepimpinan? Kepimpinan didefinisikan sebagai seorang yang mempunyai kemampuan
untuk mempengaruhi orang lain supaya menerima cadangan dan idea untuk mencapai
matlamat. Sebagai seorang setiusaha, amatlah peting untuk mempunyai sifat
kepimpinan dalam diri. Hal ini kerana beliau merupakan orang yang terpenting dan
akan membantu menggantikan majikan dalam urusan kerja dalam urusan kerja sekiranya
majikan bekerja diluar kawasan. Semenjak dunia ini dilanda dengan era pandemik,
kerap sekali timbulnya isu berkaitan kepimpinan dimana terdapat
pemimpin-pemimpin yang ingin melepaskan tangan terhadap kakitangan yang
mengalami kesusahan akibat daripada Pandemik Covid-19 ini. Perkara ini amatlah
tidak bagus untuk diamalkan oleh setiap pemimpin dalam sesebuah organisasi. Cadangan
bagi memantapkan lagi kemahiran kepimpinan dalam diri seorang setiuasaha itu
ialah dengan mengadakan satu program yang dinamakan Bengkel Kecemerlangan
Kepimpinan Seorang Ketua. Di dalam program ini, para setiausaha mampu untuk belajar
menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab dalam menguruskan hal-hal dalam
sesebuah organisasi itu.
Tuntasnya, elemen-elemen yang terdapat dalam kemahiran
insaniah ini amatlah penting untuk seorang setiausaha itu mengetahuinya. Ini kerana
ia dapat membantu untuk para setiausaha itu memahirkan lagi kemahiran yang
perlu dikuasai selaras dengan peredaran zaman yang semakin moden menyebabkan
mereka perlu menguasainya. Dengan ini, ianya dapat membantu mereka menjadi
seorang setiausaha yang berkebolehan tinggi untuk bekerja di sesebuah
organisasi yang besar.
RUJUKAN
1. Kemahiran Komunikasi (Disember, 2011). Diperoleh pada
September 5, 2022 daripada
http://serikandimuhibbah11.blogspot.com/2011/12/kemahiran-komunikasi.html
2. Wikipedia (Julai 12, 2022). Setiausaha. Diperoleh pada
September 5, 2022 daripada
https://ms.wikipedia.org/wiki/Setiausaha
3. Kemahiran Komunikasi Tuntutan Utama Semua Jenis Pekerjaan.
(November 12, 2016).
Berita Harian. Diperoleh pada September 5, 2022 daripada
https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2016/11/211876/kemahiran-komunikasi-tuntutan-
4. Program Menganjak Kemahiran Komunikasi Anda – Mempersiap Bakal
Pemimpin Masa
Akan Datang. (Julai 2, 2021). Berita Universiti Putra Malaysia. Diperoleh pada
September 5, 2022 daripada
https://btu.upm.edu.my/berita/program_menganjak_kemahiran_komunikasi_anda__mempersiap
_bakal_pemimpin_masa_akan_datang-62217
5. Penguasaan Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Pelajar
Pendidikan Khas Di Politeknik.
(Jun, 2012). Diperoleh pada September 6, 2022 daripada
https://123dok.com/document/y8rrpdrq-penguasaan-kemahiran-insaniah-dalam-kalangan-
pelajar-pendidikan-politeknik.html
6. Israr Khalid (Januari 11, 2022). Generasi hari ini kurang
kemahiran komunikasi,
pemikiran kritis – Pakar. Astro AWANI. Diperoleh pada September 6, 2022 daripada
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/generasi-hari-ini-kurang-kemahiran-komunikasi-
7. Hazlan (Disember 24, 2010). Apa itu kerja berpasukan? Diperoleh pada September 6, 2022
daripada https://hairilhazlan.com/2010/12/24/apa-itu-kerja-berpasukan/
8. Kerja Berpasukan Lebih Baik Daripada Kerja Bersendirian (Oktober
13, 2018). Media
Permata. Diperoleh pada September 6, 2022 daripada
https://mediapermata.com.bn/kerja-berpasukan-lebih-baik-daripada-kerja-bersendirian/
9. Norafiza Rosalan (Mac 5, 2015). Kemahiran kepimpinan. Diperoleh
pada September 6,
2022 daripada https://prezi.com/8ypg-gf4swv3/kemahiran-kepimpinan/
10 Zaleha Yazid
(Mei10, 2020). Era pandemik menguji kepimpinan organisasi. Berita
Harian. Diperoleh pada September 6, 2022 daripada
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2020/05/687192/era-pandemik-uji-kepemimpinan-organisasi
Comments
Post a Comment